Bajet 2014 bajet untuk orang kaya, kata Azmin

25 October 2013
Azmin nafi keluar PKR, dakwa ia khabar angin

PKR hari ini menyifatkan Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah ‘bajet untuk orang kaya’.

Menurut Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali (gambar), memandangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah melepasi fasa pilihan raya umum, maka tiada kepentingan memenangi hati rakyat.

"Sekiranya tahun lepas bajet dibentangkan lebih kepada bajet rakyat, namun kerana kerajaan dapat meneruskan mandat mentadbir negara, berlaku perubahan ketara apabila BN berasa mereka tidak perlu memperjuangkan kepentingan rakyat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah pelaksananan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dianggap sebagai perbuatan membalas dendam kerana mereka mengetahui ramai rakyat menyokong pembangkang.

Tindakan membandingkan GST negara lain juga tidak wajar kerana jelas ia melibatkan situasi berlainan.

"Najib cuba bandingkan dengan Singapura, kononnya kadar 6% masih rendah berbanding 7%. Namun semasa ia diperkenalkan di negara itu iaitu pada 1994, ia bermula dengan kadar 3%," katanya.

"Apabila PRU berakhir maka inilah hasilnya, yang miskin menjadi semakin miskin."

Azmin bagaimanapun tidak menafikan defisit negara harus dikurangkan tetapi mengambil duit dari rakyat adalah tidak wajar.

"Masalah asasnya apabila ia melibatkan kebocoran, pembaziran dan penyelewengan. Tiada pelaksanaan komprohensif menangani masalah ini.

"Maka tiada jalan penyelesaian, pemberian cukai tinggi belum tentu dapat menyelesaikan masalah," katanya.

Azmin pada masa sama turut menjangkakan berlakunya tekanan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

"Apa usaha kerajaan untuk mengurangkan kos pengangkutan dan memperbaiki perkhidmatan pengangkutan awam. Malah kebajikan rakyat untuk kesihatan juga telah diabaikan," katanya.

Kerajaan akan melaksanakan GST bermula 1 April,  bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Najib mendakwa ia adalah sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang memanfaatkan semua rakyat Malaysia dan pada kadar paling rendah di kalangan negara Asean ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat semalam. - 26 Oktober, 2013.

What to read next

Switch and save!

Switch to Progressive and you could save an average of $598.

Hoffman Cheng releases self-financed album

Beautiful Bedding Starting at $89.99

From festive to classic patterns, find the perfect bedding for you. Shop now!

Delta Reserve Credit Card

Enjoy Complimentary Delta Sky Club® Access. Learn More. Terms Apply.

Earn Your Masters Online with University of Miami

Reach your professional goals sooner with UOnline. Our online masters programs are designed especially for working professionals. Learn more today!

He Says His Goodbyes at 62

I can't believe what I just read. If what he revealed is actually true the sport will never be looked at the same again...

Enclave of Estates in Chantilly

Estate Living - Upscale Amenities at Dawson’s Corner, From the upper $590s. Limited Homesites Remain.