Bantu Husam di peringkat nasional, redakan politik Kelantan, kata veteran PAS

26 August 2013
Bantu Husam di peringkat nasional, redakan politik Kelantan, kata veteran PAS

Peristiwa Datuk Husam Musa (gambar) tidak menjadi Exco kerajaan negeri Kelantan disifatkan sebagai kesedihan yang membawa tuah untuk tokoh berkenaan dan juga PAS sendiri, kata bekas Ahli Parlimen Kota Baru, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

Menurut veteran politik Kelantan itu, Husam sangat bernilai untuk PAS dan salah satu calon yang layak untuk dipilih sebagai Perdana Menteri.

"Oleh itu, bagi saya peritiwa dia tidak menjadi exco adalah blessing in disguise kepada dia dan kepada PAS. Datuk Husam boleh memberikan tumpuan kepada politik di peringkat nasional sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider.

 Selepas menjadi Exco utama kerajaan negeri Kelantan sejak 2004, Husam yang juga Naib Presiden PAS tidak terpilih dalam barisan kabinet Kelantan yang baru di bawah pimpinan Datuk Ahmad Yakub.

Ia berlaku selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatannya sebagai menteri besar (MB) Kelantan.

Pelbagai tafsiran diberikan kepada peristiwa ini namun Wan Rahim mahu melihat ke depan dengan semua apa yang berlaku itu.

Wan Rahim adalah setiausaha politik pertama kepada Nik Aziz apabila mula menjadi MB Kelantan selepas PAS dan Semangat 46 menang Kelantan pada 1990.

Ketika beliau menjadi Setiausaha Politik, Husam adalah Setiausaha Akhbar MB Kelantan itu.

Peranan Wan Rahim sebelum PAS berjaya mentadbir Kelantan iaitu pra-1990 adalah besar dan berterusan sehinggalah PAS mula-mula mentadbir Kelantan sehingga kini.

Menurut Wan Rahim, rakannya dalam DAP dan PKR melihat Husam antara calon yang layak untuk menggalas tugas besar untuk negara.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak membantu Husam untuk melaksanakan tugas di peringkat nasional pula dan memberikan peluang untuk tokoh baru yang sedang mentadbir Kelantan sekarang.

"Husam ini sangat istimewa yang pernah dilahirkan oleh Kelantan. Dia adalah material Perdana Menteri dari Kelantan," kata Wan Rahim yang memohon Husam dibantu dan kerajaan negeri Kelantan distabilkan.

Beliau bimbang ekoran pertelingkahan dan perbezaan pendapat berterusan di Kelantan dan di kalangan PAS sendiri ekoran Husam tidak dilantik menjadi Exco.

"Zaman kita sudah berlalu. Biarlah mereka yang baru ini mentadbir Kelantan pula. Semua mereka yang ada itu adalah pemimpin post-1990," kata Wan Rahim memberikan gambaran terhadap pemimpin kerajaan negeri Kelantan sekarang.

Untuk pemimpin yang seangkatan beliau sendiri, Wan Rahim berkata, beliau sedang usahakan supaya mereka boleh membantu kerajaan negeri yang ada.

"Saya bercadang untuk tubuhkan kelab veteran PAS Kelantan. Kita ada Datuk Halim Abdul Rahman, Abdul Fatah Harun, Datuk Haji Omar Mohamad, Haji Hashim Omar dan lain-lain.

"Kita cadangkan tubuh kelab veteran untuk bantu pemimpin kerajaan negeri yang ada sekarang," katanya.

Jika Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub bersetuju, Wan Rahim mencadangkan pertemuan regular dan formal diadakan sebulan sekali.

"Kita boleh jumpa MB sebulan sekali misalnya untuk memberikan pandangan dan bertukar-tukar fikiran. Dengan cara ini, kita boleh membantu, bukan hendak rebut apa-apa jawatan lagi.

"Biarlah mereka yang uruskan, kita membantu menasihat sahaja," katanya. – 26 Ogos, 2013.

What to read next

28 Surprising Ways Political Campaigns Spend Money

InsideGov decided to look closely at how 2016 White House hopefuls spent their campaign cash.

He Resolved to Talk to Strangers.

He Resolved to Talk to Strangers. See What Happened Next.

Homeowners in for a Pleasant Surprise in 2016

When homeowners visit the Amerivalue website, they may be surprised to see that they qualify for a program that has banks on edge. Learn more.

2016 Mortgage Program Terrifying Banks

There has never been a better time to refinance your home. This new program allows Americans to refinance at shockingly low rates. Learn more.

Only Real Hockey Fans Can Score More Than 75% On T

If you're a real hockey fan you should be able to get way over 75% of this quiz right!

Handmade Artists & Antique Sellers Wanted

Join the fastest growing Handmade online marketplace today! Get better exposure for less! No listing fees- No member fees Become a seller today!