Noh Omar tarik saman fitnah terhadap kerajaan Selangor dan Adun Sekinchan – Bernama

18 August 2013
Tindakan MB Selangor tandatangani perjanjian air langkah tepat, kata Noh

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar (gambar) akan menarik balik saman fitnah terhadap kerajaan Selangor dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Sue Lim yang difailkan pada 14 Mac 2012.

Beliau berkata tindakan itu diambil setelah berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat oleh kedua-dua pihak terbabit seperti yang disiarkan dalam akhbar milik kerajaan negeri itu, Selangor Kini edisi 16-23 Ogos 2013.

"Saya akan tarik balik saman fitnah ini selepas berpuas hati dengan penjelasan dan seperti yang dipersetujui bersama.

"Bukan nilai saman yang penting sebaliknya maruah dan kredibiliti saya yang difitnah oleh pihak terbabit," katanya dalam sidang media pada Majlis Rumah Terbuka Parlimen Tanjong Karang di sini malam tadi.

Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang memfailkan saman fitnah itu selepas kerajaan Selangor melalui akhbar rasminya Selangor Kini keluaran 25 Nov-2 Dis 2011 yang menerbitkan dua artikel yang berbaur fitnah berbunyi,

"Pesawah Tuntut Noh Omar Letak Jawatan" dan artikel yang menyiarkan kain rentang, "Noh Omar Khianat Petani dan Lesap RM110 juta Untuk Bantuan Petani."

Beliau berkata tindakan saman fitnah itu diambil kerana dakwaan yang dibuat oleh pihak berkenaan boleh menjatuhkan reputasinya yang pada ketika itu sebagai anggota parlimen, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

"Saya berharap supaya pihak terbabit akan lebih berhati-hati selepas ini dalam mengeluarkan atau membuat kenyataan yang tidak tepat dan boleh memburukkan seseorang," katanya.

Noh berkata penjelasan yang dibuat jelas menunjukkan beliau berada di pihak yang benar dan dakwaan yang dibuat tidak berasas.

"Saya gembira kerana walaupun pelbagai dakwaan dibuat terhadap saya termasuk isu kolam udang yang berusia lebih 20 tahun namun penduduk Tanjong Karang masih menyokong dan memberikan majoriti lebih besar kepada saya pada pilihan raya umum lepas," katanya. – Bernama, 18 Ogos, 2013. 

What to read next

Engage Customers and Grow Your Business

Find out how to leverage websites and social media for added exposure.

Analyst: All Hell Is About to Break Loose

Powerful cycles are forecasting a 5 year global roller coaster ride through hell, with crashing stock markets, slashed pensions & more. Prepare now.

Argosy University℠, Washington DC

Prepare for the Future You Want. Earn Your Master's or Doctoral Degree in Psychology, Business or Education at AU, Washington DC. Apply Now!

Biohazardous Waste

Affordable Medical Waste Services. Save on Red Bag & Sharps Disposal.

Mazda USA - 2016 Mazda6

Build a MAZDA6 online & search your local dealer's MAZDA6 inventory.